Tuesday, March 8, 2011

Proton Satria Neo R3 Concept at Tokyo Auto Show 2011

Proton di Tokyo Auto Show 2011 (TAS 2011)? Yup, ia memang cerita betul dan bukannya satu provokasi. Selain kerjasama dengan Cusco Japan bagi menghasilkan kereta Cusco Rally untuk kelas N, R3 Division dari Proton turut menghantar sebuah kereta NEO R3 concept.


Kereta ini dipamerkan sebelah menyebelah dengan Proton Satria Neo Cusco Rally.


Neo R3 Concept ini masih mengekalkan enjin spec yang sama iaitu 1.6 Campro CPS dengan kuasa kuda 145hp tetapi telah dilengkapi suspensi dari Cusco dan sistem brek dari Endless!(Manakala Neo Lotus Racing guna brek dari AP Racing… lagi gila mahal)






Proton Neo R3 concept ini cukup kena dengan gayanya dengan warna merah hati dengan bonet depan dari gentian karbon.





Penggunaan bodykit (Neo 1.6 CPS) pula melengkapkan lagi sentuhan bagi Neo R3 concept ini. Terdapat beberapa sedikit penambahan berbanding Neo CPS biasa, antaranya seperti pelapik skirting hadapan R3 yang diperbuat daripada gentian karbon serta penggunaan set sport rim yang lebih garang.







Summary:
  • Engine: 1.6L CAMPRO CPS
  • Engine Upgrade: Stage 2 R3 upgrade kit – increase horse power from 125hp to 145hp
  • Transmission: 5-speed manual – close ratio
  • Suspension: 10mm drop with R3 special design coil spring
  • Tires: Bridgestone Potenza RE001R 205/45 with R3 16-inch gunmetal alloy rim.
  • Exterior: Neo CPS body kits with R3 rear spoiler, front lip and titanium strips side color
  • Interior: 2 tone matte red and black color, R3 limited edition seats, R3 gear knobs, R3 aluminum pedal, R3 floor carpets, start/ stop button, 2-DIN audio head unit with 3D GPS navigation and red color on some interior panel
  • Safety: dual front air bags, ABS with EBD
  • Price: RM79,797

No comments:

Post a Comment