Tuesday, March 8, 2011

Promosi ProtonXchange – Tukar kereta Proton Saga lama anda kepada yang baru

Anda memiliki sebuah model Proton Saga lama dan kini ingin memiliki sebuah model terbaru Proton? Berita baik untuk anda apabila program ProtonXchange kembali lagi. Dikendalikan sepenuhnya oleh Proton Edar Sdn Bhd (PESB), anda boleh menukar Proton Saga lama anda kepada yang baru dengan membuat tempahan model Proton seperti Gen2, Savvy dan Waja baru (New Waja). Berkenaan ‘New Waja’ seperti yang ditulis di dalam laman web Proton Edar, adakah itu untuk model Waja atau Inspira?

Promosi ProtonXchange bermula sejak 16 Februari 2011 dan tarikh tamat belum dimaklumkan. Baru-baru ini saya singgah di sebuah ‘showroom’ Proton di Alor Setar, menurut maklumat dari SA di situ, rebat akan diberikan sebanyak RM4,000.00 melalui program ProtonXchange. Untuk maklumat lebih lanjut dan tepat, anda boleh lawati laman web Proton Edar, boleh hubungi talian Proton i-care 1 300 880 888, atau terus ke mana-mana pusat pameran Proton Edar yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment