Proton Holdings Berhad (Proton) sekali lagi berjaya melancarkan model terbaru mereka kelmarin. Model yang diberi nama Proton Inspira itu merupakan hasil kerjasama antara Proton dan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), yang menurut Proton, Inspira terhasil bukan sekadar dari salinan menukar logo atau jenama semata-mata, atau lebih tepat lagi proses ‘rebadging’, tetapi adalah kerjasama OEM antara kedua-dua pembuat kereta itu.
Menurut Proton, 40 peratus daripada Inspira adalah hasil pembangunan Proton sendiri,dan mereka ketika ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjadikan 60 peratus daripada Inspira adalah sentuhan Proton. Dalam kenyataan sebelum ini Proton juga berkata bahawa ini adalah fasa pertama, manakala fasa kedua model itu akan menyusul setahun dari sekarang, dengan pembangunannya nanti akan menggunakan lebih banyak komponen dari vendor tempatan.
Proton Inspira telah mencipta kejayaan tersendiri buat Proton apabila tempahan awal terhadap model itu meningkat melebihi jangkaun sejak pra-pelancarannya pada 14 Oktober lepas. Melihat kepada sambutan hangat yang diberikan oleh pembeli, Proton tidak menolak kemungkinan yang model itu akan turut dieksport, oleh itu mereka ketika ini sedang meneliti perjanjian awal dengan Mitsubishi dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Semasa pelancaran, Proton telah menurunkan harga kereta Inspira sehingga RM2,000.00 seunit bagi menjadikan model terbaru itu lebih berdaya saing, selain mampu dimiliki oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia. Proton Inspira 1.8 liter manual ditawarkan pada harga RM78,999.00, berbanding harga sebelumnya iaitu RM79,888.00 yang diumumkan sewaktu pra-pelancaran pada 10hb. Oktober lalu. Inspira 1.8 liter dengan transmisi CVT pula dijual pada harga RM84,999.00, berbanding harga asal sebanyak RM87,000.00. Model Inspira 2.0 liter CVT pula ditawarkan pada harga RM91,999.00 daripada harga RM94,000.00 seunit sebelumnya.
[ The prices can change in any time without notice ]
- Proton Inspira 1.8 (Manual) – RM78,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999
[ The prices can change in any time without notice ]